Aug
20
2006
kisah menarik dikongsi bersama…mencari tulang rusuk,hehe..
Posted by: mad-pa in UncategorizedWANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia
ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA
dengan pasti).
Kamu, adalah tulang rusukku!
Kerana Tuhan melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Tuhan mengambil
rusuk
Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat
menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan
sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa
yang indah dan manis untuk sementara. Setelah
itu,
pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka
mulai
menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai
menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar dari rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu
tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat
membenci ketidak dewasaan WANITA dan secara
spontan
juga berteriak "Saya menyesali dengan
perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk
beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang
sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke
rumah
dan mengambil barang- barangnya, bertekad untuk
berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya
pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan
sejati masing- masing".Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi
berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan
kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah
kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA
tidak menunggun, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum
kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi
LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia
merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di
airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan
dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang
rusukmu
yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan
penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu
lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu tahu nombor telepon saya kan ?Tidak ada yang
berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal…"Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar
WANITA adalah salah seorang korban Menara
WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya
dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia
sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
tulang
rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan…..
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
kepada orang
yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah
penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,
akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,
semua
sudah terlambat….
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang
dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum
mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah
kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti
orang
yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya,
sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana
semakin
besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan
dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan
diterima???
Entries (RSS)
Adeh2…nape macam pedih je aku bace benda alah nie?
best,best..mmg best..
kepada sume yg xpandai menghargai..hehe..
Yikes..menyayat hati betui.. mana dpt citer nih?
sadis……